Posts

Showing posts from April, 2020

Iktibar Dari Covid 19

Image
‘’Di akhir zaman nanti akan ada banyak wabak penyakit melanda manusia di dunia, hanya umatku yang terhindar kerana memelihara wuduknya’’  - Riwayat Al-Thabrani.  Rasulullah S.A.W bersabda : لَمْ تَظْهَرِ الْفَاحِشَةُ فِي قَوْمٍ قَطُّ حَتَّى يُعْلِنُوا بِهَا إِلاَّ فَشَا فِيهِمُ الطَّاعُونُ وَالأَوْجَاعُ الَّتِي لَمْ تَكُنْ مَضَتْ فِي أَسْلاَفِهِمُ الَّذِينَ مَضَوْا Maksudnya :  Tidaklah muncul kejahatan pada sesebuah kaum sehinggalah mereka melakukannya secara terang-terangan melainkan akan merebak dalam kalangan mereka wabak taun serta penyakit-penyakit yang tidak pernah muncul dalam kalangan generasi sebelum mereka . Riwayat Ibn Majah (4019) BARU-BARU ini, dunia dikejutkan dengan satu virus baru yang melanda dunia secara mengejut. Ujian ini sedikit sebanyak memberikan impak kepada pelbagai lapisan masyarakat secara umum dan asatizah secara khusus. Garis pandu yang dikongsikan daripada beberapa agensi bermula daripada Kementerian Kesihatan kepada asatizah, i