Lebih Separuh Maahad Tahfiz di Perak 'nazak' Hanya Mampu Bertahan 3 Bulan Sahaja
Suhakam menggesa kerajaan memastikan sekolah tahfiz diselaraskan mengikut undang-undang dengan penguatkuasaan PKP. PETALING JAYA: Perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0 terus mencengkam dengan terbaharu lebih separuh daripada keseluruhan maahad tahfiz di Perak hanya mampu bertahan maksimum tiga bulan sahaja lagi. Pengerusi Persatuan Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Perak (Pematap) Mohd Azlan Suhaimi, berkata jumlah itu berdasarkan kaji selidik pihaknya kepada maahad tahfiz melalui ‘google form’, pada 28 Mei lalu, berkaitan situasi maahad tahfiz swasta sepanjang PKP 3.0.Katanya, seperti sedia maklum Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) sebelum ini mengeluarkan surat penangguhan operasi maahad tahfiz berkuat kuasa serta merta pada 31 Mei lalu. “Kaji selidik berkenaan disertai oleh 102 maahad tahfiz, kesimpulannya 60 daripada 102 maahad tahfiz hanya mampu bertahan tiga bulan dan ke bawah sahaja. “Selebihnya masih mampu bertahan sekitar empat bulan hingga enam bulan daripada bulan Mei tahun in