Lebih Separuh Maahad Tahfiz di Perak 'nazak' Hanya Mampu Bertahan 3 Bulan Sahaja

  email sharing button

Suhakam menggesa kerajaan memastikan sekolah tahfiz diselaraskan mengikut undang-undang dengan penguatkuasaan PKP.

PETALING JAYA: Perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0 terus mencengkam dengan terbaharu lebih separuh daripada keseluruhan maahad tahfiz di Perak hanya mampu bertahan maksimum tiga bulan sahaja lagi.

Pengerusi Persatuan Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Perak (Pematap) Mohd Azlan Suhaimi, berkata jumlah itu berdasarkan kaji selidik pihaknya kepada maahad tahfiz melalui ‘google form’, pada 28 Mei lalu, berkaitan situasi maahad tahfiz swasta sepanjang PKP 3.0.Katanya, seperti sedia maklum Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) sebelum ini mengeluarkan surat penangguhan operasi maahad tahfiz berkuat kuasa serta merta pada 31 Mei lalu.

“Kaji selidik berkenaan disertai oleh 102 maahad tahfiz, kesimpulannya 60 daripada 102 maahad tahfiz hanya mampu bertahan tiga bulan dan ke bawah sahaja.

“Selebihnya masih mampu bertahan sekitar empat bulan hingga enam bulan daripada bulan Mei tahun ini,” katanya menurut laporan Harian Metro.



Mohd Azlan berkata, ia sekali gus memberi kesan negatif dan dianggarkan 2,500 pelajar akan keciciran dan 300 guru akan hilang pekerjaan.



Menurutnya, pembelajaran dalam talian juga tidak memberi peratus tinggi dalam mengekalkan kualiti hafazan dalam kalangan huffaz, malah pelajar tercicir melebihi 50 peratus.

“Justeru itu, kita berasa sangat bimbang dengan kelangsungan maahad tahfiz al-Quran swasta di Perak ketika ini, juga dengan khabar bahawa ada maahad tahfiz sudah bercadang untuk menutup operasi.

“Kami memohon pertimbangan pembukaan semula maahad tahfiz mulai 1 September tahun ini dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Dua dengan syarat-syarat yang tertentu,” katanya.

Beliau berkata, Pematap juga memohon kerajaan negeri mengambil maklum perkembangan ini sama ada tindakan sewajarnya termasuk bantuan kewangan secara sekali bayar.

Katanya, walaupun maahad tahfiz adalah persendirian atau swasta, pihaknya juga sebahagian daripada kerajaan negeri kerana semua aset iaitu tanah dan bangunan sudah diwakafkan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak bernilai ratusan juta ringgit.

Sebarang sumbangan boleh disalurkan ke no akaun berikut:

Maybank
5580 9706 2404
Maahad Tahfiz Ad Dawwamah

CIMB Bank
860 327 2974
Maahad Tahfiz Ad Dawwamah

RHB bank 
2581 8700 0110 55 
Maahad Tahfiz Ad Dawwamah


ATAU



Email: addawwamah@outlook.com 

BACA LAGI:

SUMBER




Comments

Popular posts from this blog

Sumbangan Untuk Kos Makan Harian

Tawaran Menaja Iftar(Berbuka Puasa) & Sahur Anak2 Tahfiz, Yatim Dan Asnaf

Tawaran Pengambilan Anak Angkat Dari Pelajar Tahfiz